RM10 Caj Parkir Tepi Jalan Sekitar Zoo Negara, Lelaki Ini Mohon Majlis Siasat

1 Mar 2023 • 11:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zoo negara parking

Seorang pengguna media sosial memohon pihak majlis perbandaran menyiasat caj parkir yang dikenakan sebanyak RM10 di kawasan tepi jalan sekitar Zoo Negara.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, lelaki itu mendakwa dia tak dibenarkan menunggu di situ sebaliknya perlu parkir dengan caj RM10.

RM10 parkir tepi jalan Zoo Negara

Dalam hantaran itu, kelihatan dua orang lelaki warga asing memegang resit kertas berwarna kuning meminta bayaran untuk parkir di situ.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menyeru pihak berkuasa membuat tinjauan kerana harga yang dikenakan mahal tambahan pula kawasan itu di tepi jalan bukannya tapak parking.

Orang ramai mempersoalkan adakah kutipan tiket itu sah.

image is not available
o

Kredit: TikTok @mrredzul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.