RM10 juta kemudahan pinjaman mikro YUM untuk wanita

23 Jul 2023 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) tahun ini untuk kemudahan pinjaman mikro kepada golongan wanita, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, kerajaan amat prihatin dan akan memastikan usahawan khususnya wanita mendapat peluang dan kemudahan pinjaman yang sama rata.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan negeri lain yang menawarkan bantuan dana turut menyediakan kursus dan latihan perniagaan, disamping bantuan promosi dan pemasaran produk ke pasaran dalam dan luar negeri.

“Kerajaan negeri turut memberi perhatian dan tumpuan kepada pembangunan peniaga kecil dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sebagai industri pendukung dan pemangkin kepada sektor pembuatan.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan pada tahun ini, bagi mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa.

“Bagi memperkasa dan memantapkan lagi Program Bantuan IKS, Program Persijilan Mesti dan Halal dimulakan tahun ini bagi melayakkan produk IKS Sabah bersaing di peringkat antarabangsa.

“Untuk itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi menyokong program ini,” katanya ketika merasmikan penutupan Hari Keluarga Terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Tuaran 2023 di Dewan Seri Sulaman pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, AIM sebagai penyedia kewangan mikro di negara ini banyak membantu usahawan kecil dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di negara ini, termasuk golongan wanita dan B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan di negeri ini.

Menurutnya, ada usahawan kecil yang berjaya memperolehi pendapatan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, hasil bantuan AIM.

“Ini membuktikan AIM telah berjaya membantu mengangkat martabat para peniaga dan sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat di seluruh negara.

“Di Tuaran sahaja, seramai 3,102 ahli AIM mendapat pembiayaan pinjaman daripada AIM bagi menjalankan perniagaan,” tegasnya.

Beliau berharap AIM terus membantu menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada sahabat usahawan di Sabah secara keseluruhannya agar dapat menjana pendapatan mereka dan seterusnya meningkat kekuatan ekonomi negara.

Hajiji percaya dengan peruntukan RM10 juta untuk AIM yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ia telah dapat membantu melancarkan pelaksanaan program yang dirangka agensi itu dalam membantu Sahabat Usahawan di negara ini.

“Justeru, saya meminta peniaga untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan kerajaan untuk membangunkan perniagaan mereka.

“Saya menyeru lebih ramai usahawan mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan supaya dapat mengakses pengetahuan, kemahiran, rangkaian dan sumber.

Ini selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk membangunkan modal insan dan memupuk pembangunan keusahawanan.

“Saya juga ingin melihat supaya usahawan kita berdaya saing, inovatif, dinamik dan proaktif serta menerokai peluang untuk mengatasi semua halangan dan seterusnya menuju ke peringkat global,” tegasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.