
KERAJAAN Negeri telah menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) tahun ini untuk kemudahan pinjaman mikro bagi wanita, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata, Kerajaan amat prihatin dan akan memastikan usahawan, khususnya wanita, mendapat peluang dan kemudahan pinjaman sama rata.
Katanya, agensi Kerajaan Negeri lain yang menawarkan bantuan kewangan turut menyediakan kursus dan latihan perniagaan, selain membantu promosi dan pemasaran produk ke pasaran dalam dan luar negara.
“Kerajaan Negeri turut memberi perhatian dan fokus kepada pembangunan peniaga kecil dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (PKS), sebagai industri sokongan dan pemangkin kepada sektor pembuatan.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Kemajuan Perindustrian dan Penyelidikan tahun ini, untuk memperhebatkan promosi produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya ketika menyempurnakan penutupan Hari Keluarga Terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Tuaran 2023 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada 22 Julai. Ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Joniston Bangkuai.
“Bagi memantapkan dan memperkasakan lagi Program Bantuan PKS, Program Pensijilan Mesti dan Halal telah dimulakan tahun ini bagi melayakkan produk PKS Sabah bersaing di peringkat antarabangsa.
“Untuk itu, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk menyokong program ini,” katanya.
Hajiji berkata AIM, sebagai penyedia pembiayaan mikro di negara ini, membantu usahawan kecil dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara ini, termasuk wanita dan B40, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan di negeri ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

