RM101 juta untuk biasiswa, dermasiswa

7 Mar 2024 • 2:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Negeri akan terus memperuntukkan bajet yang besar untuk memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan yang berkualiti, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa bagi membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan lebih tinggi tahun ini, tambahnya.

“Peruntukan ini merupakan antara inisiatif bantuan pendidikan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi memperkuatkan sektor pendidikan di negeri ini,” katanya ketika perasmian Majlis Penghargaan Pengurusan Sekolah (Mapens) untuk Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran pada 29 Feb.

Beliau menggesa pendidik agar terus berusaha, bersemangat menunjukkan budaya prestasi tinggi dalam menghasilkan individu-individu berpendidikan yang mampu bersaing di peringkat global.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau menegaskan dunia hari ini memerlukan mereka yang cemerlang dan berdaya juang untuk sama-sama membina negara.

“Pembangunan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Ini kerana pendidikan penting dalam mengubah nasib anak bangsa.

Ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), dimana pembangunan sumber manusia menjadi antara agenda utama yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, peranan dan sumbangan guru penting dalam memastikan generasi baharu boleh memenuhi segala ruang dan peluang yang ada dan menghadapi apa pun cabaran yang mendatang,” katanya.

Hajiji turut menggesa para pendidik di negeri ini, terutamanya di Tuaran, agar memulakan perubahan dan penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian pendidikan, termasuk perwatakan pelajar di sekolah masing-masing.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan pendidikan di Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.