RM107.43j untuk sambung projek bagi OKU, warga emas

26 Mar 2023 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM107.43 juta tahun ini untuk meneruskan projek pembinaan kompleks yang diperlukan oleh orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, ia melibatkan pembinaan kompleks bersepadu OKU dan warga emas, serta pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan kompleks latihan OKU di Sandakan.

Katanya, peruntukan itu akan disalurkan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.