RM10j naik taraf Pasar Tamu di Sabah

3 Aug 2024 • 2:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sabah, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), dalam usaha mentransformasikan operasi Pasar Tamu.

Timbalan Menteri KPKM Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sehubungan itu bagi 2024, Fama giat melaksanakan projek naik taraf 41 Pasar Tamu di seluruh Wilayah Sabah dengan peruntukan RM10 juta.

“Pasar Tamu memainkan peranan penting sebagai medan pemasaran hasil pengeluaran produk pertanian dan agromakanan yang diadakan secara mingguan di Sabah.

“Sejumlah 38 Pasar Tamu kini sedang dalam proses menaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM7.6 juta dan dijangka siap tahun ini.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Manakala, sebanyak tiga Pasar Tamu iaitu Pasar Tamu Kinabatangan, Pasar Tamu Menggerimot dan Pasar Tamu Rancangan Belia Tiulon sedang dalam proses dokumentasi dan pelaksanaan bagi tujuan naik taraf,” katanya selepas Lawatan ke Tamu Keningau sempena Fama Fest @ Sabah.

Beliau berkata, projek naik taraf ini memberikan peluang dan manfaat kepada 150 usahawan di setiap Pasar Tamu untuk menjalankan aktiviti pemasaran agromakanan mereka.

“Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kemudahan fasiliti dan keselesaan pengunjung di Pasar Tamu, dan dalam masa yang sama, turut mengekalkan elemen budaya setempat yang merupakan keunikan identiti masyarakat di wilayah ini,” katanya.

Untuk rekod, sehingga 2023, Fama telah membelanjakan sebanyak RM5.36 juta untuk menaiktaraf enam Pasar Tamu sedia ada iaitu Pasar Tamu Sook di Keningau, Pasar Tamu Dataran Tomborungus di Kudat, Pasar Tamu Kunak, Pasar Tamu Beluran, Pasar Tamu Tuaran dan Pasar Tamu Telupid.

Pengarah Fama Sabah Sarman Sidno turut serta dalam lawatan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.