RM117.1 juta nilai jualan direkod hari keempat pelaksanaan penghargaan Sara

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2025 • 4:07 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

PUTRAJAYA – Sebanyak RM117.1 juta nilai jualan direkodkan pada hari keempat pelaksanaan bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) semalam, melibatkan seramai 1.8 juta penerima di seluruh negara.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 1.1 juta penerima dengan nilai transaksi RM76.8 juta pada hari sebelumnya.

Menurut kementerian itu, kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding 95 peratus yang dicatatkan pada Selasa lalu.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari lalu telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai hari ini,” katanya.

Sejak pelaksanaan Penghargaan Sara pada 31 Ogos lalu, lebih 4.8 juta rakyat telah menggunakan kredit bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan asas dengan jumlah keseluruhan mencecah RM312.6 juta di seluruh negara.