
TAWAU: Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukkan RM130 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan Berkala Pavemen dan Bukan Pavemen Jalan Persekutuan di negeri ini untuk tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM9.979 juta diperuntukkan kepada daerah Tawau.
Menurutnya, pelaksanaan kerja- kerja penyenggaraan tersebut di bawah pengawasan sepenuhnya oleh pihak JKR Sabah iaitu pihak yang dilantik sebagai wakil Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian selepas turun padang memantau kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di daerah ini, pada Ahad. Pemantauan itu dibuat bagi meneliti prestasi pelaksanaan dan keberkesanan pelan mitigasi yang diambil dalam melaksanakan kerja pembaikan jalan tersebut.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Beliau melawat dua lokasi terlibat iaitu di Jalan Persekutuan R13 Jalan Sandakan – Tawau iaitu laluan ke Lapangan Terbang Tawau yang mengalami kerosakan struktur jalan dan pembetung.
Katanya, lokasi pertama ialah Seksyen 249.77 sepanjang 0.55 kilometer (km) melibatkan kerosakan struktur jalan
“Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) akan mempertimbang untuk memberi kelulusan peruntukan di lokasi berkenaan memandangkan keadaan di lokasi tersebut boleh mendedahkan pengguna jalan raya kepada risiko,”katanya.
Manakala, lokasi kedua yang turut dilawati melibatkan kegagalan pembetung yang menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup kepada pengguna jalan raya iaitu di Seksyen 256.295 laluan yang sama.
Bagi lokasi tersebut, katanya, peruntukan sebanyak RM1.506 juta diluluskan bagi kerja-kerja pembaikan.
Dalam pada itu, Alexander berharap pasukan Projek LPB Sabah dan konsesi penyenggaraan yang dilantik dapat mengekalkan momentum kerja pembinaan dan penyenggaraan dengan menepati mutu ditetapkan dari segi kualiti, kos dan masa.
Katanya, fokus berterusan terhadap jalan raya ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membina rangkaian jalan raya selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR yang ingin menyediakan infrastruktur selesa dan selamat kepada semua rakyat secara konsisten.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


