
SOOK: Sebanyak RM15.4 juta diperuntukan kerajaan Pusat melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi pelaksanaan projek naik taraf dan pembinaan baharu membabitkan 48 pasar tamu di seluruh negeri Sabah.
Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Athur Jospeh Kurup berkata kesemua pasar tamu itu telah siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada penjaja di kawasan-kawasan berkaitan.
“Peniaga-peniaga serta penjaja sebelum ini mungkin tidak ada bangunan ataupun kemudahan kekal dan hanya berniaga ditepi jalan menggunakan meja yang dibuat daripada kayu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');}); “Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor pemasaran hasil pertanian luar bandar khususnya untuk memberi kemudahan lebih selesa dan kondusif kepada para usahawan tani tempatan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pasar tamu Rancangan Belia Tiulon pada Sabtu.
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menyatakan projek dilaksanakan secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada pasar tamu yang dikenal pasti memerlukan pembaikan segera atau tidak lagi sesuai digunakan.
Menurutnya projek terbabit juga dijangka mampu meningkatkan daya saing produk agro tempatan selain merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat.
Dalam perkembangan lain Arthur berkata, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dijangka akan diadakan di Tawau dan Sook bulan depan.
Beliau berkata acara berkenaan akan menjadi medan padanan perniagaan, demonstrasi teknologi moden serta perkongsian ilmu dalam sektor agromakanan.
“HPPNK akan berlangsung selama tiga hari yang dijadualkan pada 18 hingga 20 Julai.
“Program tahunan anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu akan bermula di Tawau sebelum ke Sook dan majlis kemuncaknya dijadual akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pada 1 Ogos” jelasnya.



