“RM179 Tambah RM15, Mak Ai Tak Mampu Nak Support” – Netizen Pertikai Harga Biskut Jualan Shuhada Terlalu Mahal

18 Mar 2023 • 9:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, nama isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada sering disebut ramai akibat kemelut rumah tangga yang dihadapi.

Namun, kini dia sudah bangkit dengan penuh semangat melakukan perniagaan kecil iaitu menjual biskut berjenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup untuk kelangsungan hidup bersama anak-anak.

Ramai yang mahu membantu wanita tersebut dan seorang pengguna berkongsi satu hantaran video melihatkan Shuhada sedang promosikan biskut jualannya itu di live TikTok.

Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut terutamanya golongan B40 sewaktu mengetahui harga biskut tersebut adalah RM179 dan tidak termasuk servis penghantaran, RM15.

image is not available

 

image is not available

image is not available

Disebabkan itu, para netizen berkata diri mereka hanya boleh sedekahkan doa sahaja buat ibu anak dua itu sebagai tanda sokongan kerana tidak mampu untuk membeli biskut jualannya.

Biarpun ramai pertikaikan harga biskut jualan Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu itu, ada juga segelintir netizen memberi cadangan agar biskut itu dijual secara mini dan boleh diletak dengan harga yang lebih mampu milik untuk semua orang.

image is not available

image is not available 7 hari lalu

(VIDEO) "Sebak Tengok" - 'Struggle' Jual Biskut Di Instagram Live, Ramai Sedih Tengok Shuhada Hadapi Dugaan