RM2.1 juta diperuntuk untuk perkasa program MADANI Berkhidmat : Misi Sukarelawan Siswa

LocalPolitics
19 May 2025 • 5:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perpaduan Negara telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.1 juta bagi memperkasa pelaksanaan program sukarelawan siswa di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) untuk tahun 2025.

Program MADANI Berkhidmat : Misi Sukarelawan Siswa

Peruntukan tersebut merangkumi RM600,000 bagi operasi dan RM1.5 juta khusus untuk pelaksanaan misi sukarelawan siswa di dalam dan luar negara.

image is not available

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pelaksanaan program harus berfokus dan tumpuan harus diberikan kepada Misi Sukarelawan Siswa, Tuisyen KAMI, Ejen Perpaduan serta program pembangunan kepimpinan sukarelawan siswa.

“YSS perlu berperanan sebagai satu agensi kerajaan yang proaktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) kali ke-13 di Putrajaya hari ini.

image is not available

Bagi tahun ini, misi sukarelawan siswa akan dilaksanakan di Sabah, Sarawak, Pahang, Perak dan juga Vietnam, selaras dengan penjenamaan semula program Ini Warisan Kita : Misi Sukarelawan Siswa kepada MADANI Berkhidmat : Misi Sukarelawan Siswa.

Sementara itu, Aaron menggesa agar YSS meneliti keperluan untuk mewujudkan dasar atau pelan tindakan kesukarelawan yang komprehensif sebagai kerangka panduan nasional dalam memperkasa gerakan sukarelawan secara lebih tersusun, melibatkan kerjasama rentas agensi.

image is not available

Untuk makluman sejak penubuhannya, YSS telah melahirkan 2,153 pemimpin sukarelawan siswa dan melaksanakan lebih 9,600 projek komuniti di seluruh negara.