RM26.60 je! Pengusaha nasi lemak dah jumpa pelanggan sebenar terbayar RM2,660

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2024 • 4:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengusaha nasi lemak dah jumpa pelanggan sebenar terbayar RM2,660 selepas menularkan insiden berkenaan di media sosial sejak 1 September lalu.

Sebelum ini, restoran nasi lemak yang terletak di Petaling Jaya memaklumkan seorang pelanggan tersilap membuat transaksi pembayaran dengan nilai yang begitu besar.

Dalam satu hantaran tular, restoran nasi lemak berkenaan berkongsi satu tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Facebook.

Menerusi perkongsian itu, dilihat seorang pelanggan seorang pelanggan sedang membuat transaksi pembayaran di kaunter dengan catatan yang mencuit hati.

“Adakah ini anda? Anda telah tersilap QR kami RM2,660 untuk bil RM26.60 anda.”tulis restoran berkenaan.

image is not available

Kredit: Carian Google

Pihak pengurusan berkenaan juga memohon agar pelanggan tersebut dapat menghubungi mereka supaya dapat memulangkan baki wang.

“Kita bukan Botak Omakase (restoran makanan mewah),” tulis kedai itu dengan nada berseloroh.

Pengusaha nasi lemak dah jumpa pelanggan sebenar

image is not available

Terbaharu, pihak restoran berkenaan memaklumkan mereka telah menemui pelanggan sebenar yang tersilap membuat transaksi pembayaran.

“Duit sudah dikembalikan kepada pemilik sebenar. Terima kasih semua!”tulisnya di ruangan komen hantaran tular.

Sumber: FB Koji Chen