Pelanggan Tersilap Bayar Makanan RM26.60 Jadi RM2,660, Pemilik Kedai Mahu Pulangkan Duit

4 Sep 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebuah restoran tempatan mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila seorang pelanggan secara tidak sengaja memindahkan duit sebanyak RM2,660.

Tersilap transfer

Apa yang mengejutkan apabila makanan yang dibeli hanyalah berharga RM26.60.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook  restoran terbabit, memaparkan tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ketika pelanggan tersebut membuat pembayaran.

Susulan itu, pihak restoran meminta bantuan orang ramai bagi mengesan siapakah pelanggan tersebut.

“Adakah ini anda? Anda telah tersilap QR membayar kami RM2,660 untuk bil RM26.60 anda.

“Bantu kami mencarinya supaya kita boleh pulang balik baki kepada mereka! Kita ni bukan Botak Omakase,” tulisnya. 

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pihak restoran tersebut telah memaklumkan telah memulangkan semula duit pelanggan itu. 

“Duit sudah dikembalikan kepada owner. Thankyou semua!,” tulisnya.