RM30 juta bantu PMKS kembangkan perniagaan

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

RM30 juta bantu PMKS kembangkan perniagaan

Kota Kinabalu: Kerajaan menyediakan kira-kira RM30 juta tahun depan bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengembangkan perniagaan menerusi kemudahan pembiayaan serta program pembangunan kapasiti.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin berkata peruntukan berkenaan disediakan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sokongan kepada golongan usahawan termasuk dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing perniagaan.

“Daripada jumlah itu peruntukan turut merangkumi RM3 juta bagi program pembangunan kapasiti pada tahun depan.

“Di bawah inisiatif SME Corp, kementerian menyediakan dana yang begitu besar. Tahun hadapan kita sediakan lebih kurang RM30 juta untuk para usahawan kita untuk mereka kembangkan perniagaan.

“Dana itu kita bagi pertamanya untuk pendanaan pembiayaan dan keduanya untuk program pembangunan kapasiti, RM3 juta pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Kesedaran ESG PMKS 2026 pada Isnin.

Mohamad berkata kemudahan yang disediakan itu juga dapat membantu PMKS meningkatkan kemampuan mereka untuk mengembangkan operasi perniagaan secara lebih tersusun dan berdaya saing.

Dalam pada itu beliau berkata kementerian turut memberi perhatian kepada keperluan usahawan di Sabah dan Sarawak termasuk dari segi mendapatkan bimbingan serta akses kepada pelbagai program yang disediakan.

Katanya beliau akan berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berhubung cadangan menempatkan pegawai bagi membantu usahawan di kedua-dua negeri berkenaan.

Menurutnya Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor keusahawanan dan golongan PMKS perlu diberi pendedahan serta sokongan yang bersesuaian bagi membolehkan mereka memanfaatkan peluang yang tersedia.

Beliau berkata usaha memperkukuh PMKS turut melibatkan peningkatan kesedaran terhadap amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi memastikan perkembangan perniagaan mengambil kira aspek kelestarian dan tadbir urus yang baik.

Seminar Kesedaran ESG PMKS 2026 bertemakan “Tiket ESG: Fahami Ekspektasi, Hadapi Realiti, Mulakan Aksi!” dianjurkan SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program itu disertai lebih 250 peserta terdiri daripada PMKS serta pihak berkepentingan termasuk pegawai kerajaan, pakar ESG, institusi kewangan, ahli akademik dan pelajar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved