RM30 Lesap! Tular Video Lelaki Didakwa Selamba Curi Duit Tip Pekerja Mixue

16 Oct 2026 • 3:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali Yana berkongsi klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang kantoi mencuri duit tip pekerja kedai aiskrim, Mixue dipercayai di cawangan Gamuda Garden, Rawang.

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki berbaju putih itu sedang membayar di kaunter pembayaran.

Sebaik lelaki itu melakukan transaksi pembayaran, kelihatan Yana yang merupakan staf kedai tersebut bergerak ke bahagian stesen minuman di belakang dipercayai sedang menyiapkan pesanan pelanggan.

Lelaki Curi Tip Staf Mixue Ketika Pekerja Sibuk

Namun siapa sangka dalam tempoh itu, lelaki tersebut berani mengambil duit dalam bekas tip pekerja di bahagian kaunter. Selepas mengeluarkan wang kertas tersebut dari tabung, dia kemudian dengan pantas meletakkan duit itu ke dalam begnya.

Dia melakukan perkara itu apabila staf wanita terbabit tidak melihat dan sibuk dengan tugasannya.

“Tip staf pun nak ambil ke bang?” soal Yana yang juga pemilik video di ruangan kapsyen Threads.

RM30 Duit Tip Pekerja Lesap

Yana ketika dihubungi BuzzKini berkata, lelaki itu telah mengaut sebanyak RM30.

“Yang kata RM2 ke RM3 pun nak curi, dalam tu ada RM30 lebih sebab tu la kot dia curi,” katanya di ruangan komen.

Bagaimanapun, Yana berkata Mixue tidak mengambil sebarang tindakan berhubung perkara itu kerana ia merupakan tip untuk pekerja bukannya hak milik syarikat berkenaan.

View on Threads

Ramai Kecam Lelaki Selamba Curi Tip Pekerja Mixue

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki berkenaan yang terang-terang dirakam CCTV.

“Aduh malunya. Bang kalau tak ada duit sangat pergi la minta kerja sapu sampah ke, angkat barang dekat Pasar Selayang ke?” tegur seorang wanita.

“Tengok gaya macam bapa orang. Tak akan la miskin sangat kau sampai RM2 tangan panjang ni,” tambah seorang wanita lagi.

Sementara itu, ramai juga berharap agar Mixue mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut memandangkan ada bukti kukuh mengenai kejadian.

“Tolong Mixue ambil tindakan. Buat laporan atau sesuatu. Duit tetap duit,” kata seorang lelaki.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved