“Kena Saman, Bayar Je Bro” – Lelaki Dikecam Selamba Hisap Rokok Berdekatan Papan Larangan Di Kompleks BSI, Johor [Video]

7 Oct 2026 • 10:53 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rokok adalah sesuatu benda yang tidak hanya membahayakan individu yang menghisapnya malah boleh memberikan risiko lebih buruk kepada si penghidu atau dipanggil second smoker.

Namun lebih menyakitkan hati apabila ada segelintir daripada mereka ini bersikap mementingkan diri apabila merokok di kawasan larangan, tanpa menghiraukan keselesaan individu lain asalkan dapat memuaskan gian untuk merokok.

Lelaki selamba merokok di kawasan larangan

Baru-baru ini seorang lelaki di Threads turut berkongsi berdepan perkara sama apabila terdapat individu yang merokok di kawasan larangan di Kompleks Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Ashraf Timothy, dia menyifatkan lelaki tersebut seorang yang kurang ajar apabila dengan selamba merokok di kawasan yang tidak dibenarkan.

Jelas Ashraf, lelaki yang menghisap rokok itu dipercayai sering mengambil atau membawa penumpang ke Singapura serta selalu berkumpul di kawasan menurunkan penumpang.

Tak kisah disaman siap jawab ‘bayar je bro”

“Tadi saya nampak dia selamba merokok dekat kawasan menunggu. Saya tegur elok-elok ‘bro (bang) sini kawasan larangan merokok, tak boleh hisap rokok sini’,” ujarnya.

Namun jawapan yang diberikan oleh lelaki tersebut terhadap teguran yang diberikan adalah amat mengecewakan.

“Tak apa bro (bang) malam tak ada orang check (pihak berkuasa). Tak kisah. Saya dah banyak kali kena saman. Bayar je bro,” kata lelaki berbaju kuning itu.

Malah lelaki tersebut terus menghisap rokok seperti biasa selepas ditegur.

Masih sabar dan cuba jelaskan sebab tak boleh hisap rokok di kawasan larangan

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu Ashraf kemudian mengatakan kepadanya meskipun tiada orang yang datang membuat pemeriksaan namun perbuatan itu tidak dibenarkan.

“Tak boleh macam tu bro. Walaupun tak ada orang periksa tetap tak boleh. Ada perempuan mengandung, orang tua semua dekat sini.”

Lelaki itu kemudian menjawab dia tidak kisah dan tiada orang di kawasan tersebut.

Tak kisah orang ambil video sedang merokok, siap posing

“Lepas tu sengaja hisap lagi sekali depan saya macam nak provokasi. Saya tahan je, tak jerit, tak gaduh. Saya cakap ‘kalau macam ni saya ambil video lah bro.’

“Dia boleh jawab ‘selamba bro, ambil je.’ Siap posing lagi lepas tu ajak rakan sebelah sekali merokok,” katanya.

Malah lelaki itu turut bertanya kepada individu di sebelahnya salah ada mempunyai rokok atau tidak sebelum menghulur satu batang kepada rakan berbaju putih seperti di dalam video.

Buat peace dalam video sambil sebelah tangan pegang rokok

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan lelaki berbaju kuning yang sudah dikaburkan wajahnya itu turut membuat aksi ‘peace’ manakala sebelah lagi tangannya sedang memegang sepuntung rokok.

Ashraf turut mengatakan dia akan menyerahkan video versi yang belum dikaburkan kepada pihak berkuasa.

Ashraf turut menyoal apakah perancangan pihak berkuasa mengenai perkara ini kerana jelas tindakan saman tidak membuatkan mereka goyah.

“Kenapa saya post sini daripada buat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Sebab dah banyak kali lapor dekat Respons Rakyat. Tapi sama je. Biasanya datang pantau waktu siang, jalan sana sini, saman beberapa orang, lepas tu hilang.

“Jambatan BSI ke R&F pun sama. Ramai merokok, buang puntung merata. RTS dah nak buka. Orang nanti lagi ramai.

“Jadi apa sebenarnya plan pihak berkuasa untuk benda ni? Kalau orang dah sampai boleh cakap ‘saman je bro, bayar je.’ Jadi jelas saman sekarang pun tak cukup bagi takut,” soalnya.

View on Threads

Ramai geram dan berang lihat sikap individu masih tak peduli walau dah ditegur jangan merokok di kawasan larangan

Melihat di ruangan komen ramai yang turut berang dengan sikap lelaki tersebut yang masih tidak mengendahkan teguran yang diberi.

Malah ada yang berpendapat lelaki tersebut sepatutnya pergi ke kawasan yang dikhaskan untuk merokok sebaik ditegur.

Tidak kurang ada yang menyifatkan segelintir perokok sememangnya tidak boleh ditegur, ego serta mementingkan diri.

Tidak kurang mengatakan individu seperti itu tidak boleh ditegur secara baik tetapi perlu ditegur dengan tegas dan nada yang kuat.

Sebagai info terdapat 28 kawasan yang tidak dibenarkan untuk merokok seperti:

  1. Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino
  2. Kawasan hospital atau klinik
  3. Lif atau tandas awam
  4. Tempat makan
  5. Kedai berhawa dingin
  6. Bangunan dobi
  7. Bangunan / hentian pengangkutan awam
  8. Kawasan lapangan terbang
  9. Kawasan premis kerajaan
  10. Bangunan Parlimen Malaysia
  11. Kawasan institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi
  12. Kawasan taman asuhan kanak-kanak
  13. Kawasan stesen minyak
  14. Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti hiburan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  15. Kaunter perkhidmatan awam
  16. Kompleks membeli-belah
  17. Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
  18. Kompleks sukan
  19. Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  20. Kawasan perpustakaan
  21. Kafe internet
  22. Kawasan tempat latihan khidmat negara
  23. Bangunan tempat kerja
  24. Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
  25. Di dalam bas sekolah
  26. Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
  27. Di dalam kenderaan awam
  28. Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar mana-mana taman negara atau taman negeri

“Orang dah tegur baik-baik tu jalan jelah sikit hisap dekat open space depan tu je kot”

Image from: “Kena Saman, Bayar Je Bro” – Lelaki Dikecam Selamba Hisap Rokok Berdekatan Papan Larangan Di Kompleks BSI, Johor [Video]

“Terima kasih kerana menegur. Terima kasih kerana laporkan. Geram kadang-kadang tu hembus asap terus kena muka orang. Nak tegur takut muka kita yang makan penampar”

Image from: “Kena Saman, Bayar Je Bro” – Lelaki Dikecam Selamba Hisap Rokok Berdekatan Papan Larangan Di Kompleks BSI, Johor [Video]

“Dah tegur depan-depan pun macam ni perangai, kalau belakang-belakang nanti ada musibat jawab ‘kenapa tak cakap depan-depan?'”

Image from: “Kena Saman, Bayar Je Bro” – Lelaki Dikecam Selamba Hisap Rokok Berdekatan Papan Larangan Di Kompleks BSI, Johor [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved