
SANDAKAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 untuk pelaksanaan lapan projek di daerah ini.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk projek pembinaan sel Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Labuk, tapak pertama di daerah ini. RM500,000 disalurkan untuk mengecat empat blok Apartment Taman Singapore. Sebanyak RM500,000 lagi diperuntukkan bagi mengecat blok lain di perumahan tersebut.
“Projek ini memberi tumpuan kepada pembaikan fizikal dan penyelenggaraan kemudahan asas bagi menjamin kediaman strata yang selamat, bersih dan selesa,” ujarnya, menambah projek itu dijangka siap 28 Julai.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Sebanyak RM400,000 lagi telah disediakan untuk kerja baik pulih dewan di Jalan Singapore, dan ia kini menjadi gelanggang pickle ball pertama di Sabah.
Nga berada di sini pada Khamis untuk siri jelajah Sentuhan Kasih KPKT.
Hadir sama, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Irman Tajuddin Edy.
“Lawatan ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Sabah terus diberi perhatian sewajarnya,” katanya.
Nga turut membuat tinjauan ke Pasar Sim-Sim, Kampung Air Sim-Sim dan Pasar Elopura, di mana KPKT meluluskan peruntukan RM2 juta bagi kerja-kerja naik taraf empat pasar di sini – masing-masing RM500,000 untuk Pasar Elopura, Pasar Kim Fung, Pasar Umum dan Pasar Sim-Sim.
“Kerja-kerja naik taraf ini termasuk penambahbaikan meja-meja gerai bagi meningkatkan keselesaan penjaja tempatan,” jelasnya.
Katanya, KPKT juga meluluskan peruntukan RM400,000 bagi pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang di Taman Indah Jaya, dan RM400,000 lagi untuk menaik taraf gelanggang futsal di PPR Harmoni. Kedua-dua projek ini dibangkitkan oleh Vivian di Parlimen sebelum ini.
Dalam lawatan sama, Nga turut melawat Residensi PR1MA Borneo Cove Sandakan, sebuah projek perumahan mampu milik yang siap dibina pada 19 Mei 2021.
Terletak di atas tapak seluas 9.53 ekar, projek ini menyediakan 999 unit apartmen dalam tiga blok kediaman lengkap dengan pelbagai fasiliti, termasuk dewan serba guna, taman permainan, surau, tadika, taska dan gelanggang futsal.
Lokasinya yang strategik di Jalan Buli Sim-Sim menjadikannya pilihan ideal bagi penduduk setempat.
Nga berkata kejayaan pelaksanaan projek-projek ini adalah hasil kerjasama strategik antara KPKT, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kerajaan Sabah.
“Sinergi erat ini membolehkan setiap projek diselia dengan baik serta memberi manfaat optimum kepada rakyat,” katanya.
Beliau turut menegaskan usaha-usaha ini sejajar dengan visi KPKT untuk memperkukuh kesejahteraan dan kemakmuran komuniti di seluruh negara, selain sentiasa bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Sabah.
Nga juga berharap pihak berwajib, termasuk MPS, dapat memastikan pelaksanaan kesemua lapan projek di bawah peruntukan terbesar untuk Sandakan itu, dilaksanakan sebaiknya untuk kemudahan rakyat.


