“RM36 Sebotol Air” – Restoran Chef Popular Dikritik, Didakwa Bayar Gaji Tak Berbaloi

Food
13 Oct 2022 • 2:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gaji restoran gordon ramsay

Restoran chef terkenal serata dunia didakwa membayar gaji pekerja dengan nilai minima RM1,500 untuk jawatan pelayan.

Manakala gaji untuk sous chef pula ditawar bermula RM5,500 hingga RM7,700. Gaji yang ditawar itu ternyata mengundang kritikan ramai.

Pelayan ditawar RM1,500

Iyalah, jika dibandingkan dengan status restoran mewah dan gah itu sudah tentu ianya tidak berbaloi. Netizen turut membandingkan gaji pekerja yang bersamaan dengan 5 hiris daging Wellington yang dijual harga RM300 sekeping.

Mashed potato pula dijual dengan harga RM40 dan sebotol air mineral dijual RM36. Fuh!

image is not available

Terdahulu, seorang influencer terkenal di TikTok @ivor_xianz memuat naik pengalaman semasa berkunjung ke restoran tu. Katanya, dia akhirnya dapat makan di situ setelah 2 bulan ‘booking’.

image is not available

image is not available

Kalau dilihat pada hiasan dalaman restoran tu memang memukau betul, dan sudah tentu harga bagi setiap makanan pun ‘kayangan’.

Apa pendapat korang pula? Patut ke tidak restoran mewah macam tu bayar gaji pekerja bermula RM1,500?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.