RM4.3 juta kerugian kes penipuan dalam talian di Sandakan

LocalPolitics
3 May 2025 • 9:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Polis merekodkan 54 kes jenayah penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM4.3 juta.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bajah berkata 170 kes dicatatkan tahun lepas, dengan kerugian keseluruhan mencecah RM23.06 juta.

“Penipuan dalam talian ini melibatkan mangsa dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan profesional, ahli perniagaan dan pesara. Kebanyakan mangsa berumur antara 31 hingga 50 tahun, di mana 61.11 peratus adalah lelaki, manakala 38.89 peratus lagi adalah wanita,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Justeru, katanya, Polis Sandakan memandang serius peningkatan kes penipuan dalam talian ini dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat akaun bank kepada pihak ketiga bagi mengelakkan diri daripada menjadi “keldai akaun”.

Individu yang didapati bersalah boleh disiasat di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000, penjara selama satu hingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diseru untuk membuat semakan terhadap sebarang transaksi yang mencurigakan dan segera melaporkan sebarang aktiviti penipuan kepada pihak polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved