RM4.5 juta baik pulih sekolah agama, dana pendidikan meningkat tahun depan

15 Nov 2024 • 3:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 15 NOV: Sejumlah RM4.5 juta diperuntuk bagi membaik pulih sekolah agama demi keselamatan dan keselesaan pelajar, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan berkenaan bagi menggantikan kemudahan asas seperti paip air dan pendawaian elektrik lama yang sudah rosak.

Pada masa sama, dana pendidikan pada belanjawan kali ini meningkat RM2 juta berbanding tahun lalu iaitu RM69.35 juta kepada RM79.95 juta.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri sangat prihatin dan komited dalam membangunkan anak bangsa yang akan menjadi harapan masa hadapan,” katanya ketika membentang belanjawan negeri 2025 hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved