
Kota Kinabalu: Lembaga Koko Malaysia (LKM) menetapkan matlamat untuk memperkukuh rantaian nilai koko domestik menjelang 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah ini penting bagi memastikan kelestarian industri koko di tengah-tengah cabaran global seperti kekurangan bekalan biji koko.
Advertisement“LKM telah memulakan Program Galakan Penanaman Koko untuk tempoh lima tahun (2025-2029). Dengan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk tahun ini, LKM akan membekalkan anak benih koko ke kawasan ladang terpilih meliputi 350 hektar,” katanya dalam ucapan sempena Malam Penghargaan Kecemerlangan Lembaga Koko Malaysia 2025 di sini pada Isnin.
Katanya, industri koko negara mencatat peningkatan sebanyak 70 peratus dalam pengeluaran domestik biji koko kering, mencecah 456 metrik tan berbanding 269 metrik tan pada 2023.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Johari, pertumbuhan ini adalah hasil daripada pelaksanaan Program Pemulihan Ladang Koko yang bermula awal 2024, serta usaha penyelidikan dan pembangunan bagi pencegahan serta kawalan penyakit.
Dengan peruntukan sebanyak RM9.5 juta untuk 2024-2026, beliau berkata LKM memberikan sokongan meluas kepada 3,296 pekebun kecil koko, termasuk pembekalan baja, produk kawalan penyakit, racun perosak dan peralatan pertanian.
AdvertisementKatanya, inisiatif ini bertujuan memulihkan 2,126 hektar ladang koko, dan menambah, pekebun berjaya meningkatkan pengumpulan biji koko berikutan lonjakan harga biji koko kering.
“Harga biji koko kering mencatat peningkatan sebanyak 141 peratus berbanding 2023. Pada 2024, harga komoditi ini mencapai RM24,274 per tan berbanding RM10,073 per tan pada tahun sebelumnya.
Advertisement“Nilai eksport produk koko dan coklat juga meningkat mendadak sebanyak 64 peratus, mencecah RM13.5 bilion pada 2024 berbanding RM8.2 bilion pada 2023.”
Sehubungan itu, Johari nerkata kementeriannya akan memberikan sokongan kepada LKM bagi menganjurkan Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF 2025) yang dijadual berlangsung pada 24-27 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di ibu negeri ini.
Beliau berkata acara itu akan memberi manfaat besar kepada pemain industri tempatan dengan membuka peluang kerjasama strategik di peringkat domestik dan antarabangsa.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, Pengerusi LKM Datuk Matbali Musah, serta Ketua Pengarah Lembaga Datuk Dr Ramle Kasin.

