RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

30 Apr 2025 • 3:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Amirudin Shari di sidang media hari ini - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih kediaman terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, 1 April lepas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata peruntukan bagi baik pulih itu melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan dan sumbangan awam.

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih bagi kediaman di sekitar Putra Heights akan dilaksana Sime Darby selaku pemaju kawasan perumahan itu manakala di Kampung Sungai Baru oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Proses baik pulih kediaman itu akan kita beri tumpuan kepada aspek kemudahan asas seperti pendawaian elektrik.

"Bagi kerosakan kecil di bawah RM30,000, pemilik kediaman boleh melakukan kerja-kerja pembaikan kediaman mereka sendiri seterusnya buat tuntutan semula kepada PBT (pihak berkuasa tempatan)," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved