
MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata Kementerian Kesihatan telah mencadangkan pembesaran Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dengan peruntukan RM400 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
“Kerja-kerja awal sedang dijalankan, dan kita telah menerima peruntukan sebanyak RM2 juta,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Adun Elopura Calvin Chong pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis.
James seterusnya berkata beliau telah berbincang baru-baru ini dengan Menteri Kesihatan Persekutuan untuk menaik taraf hospital Sandakan dan Tawau kepada hospital negeri yang mampu menampung lebih ramai pakar.
Menjawab soalan lain oleh Adun Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, James berkata Kementerian Kesihatan bercadang menempatkan pakar atau subpakar di hospital-hospital daerah.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kepada soalan asal Chong, James berkata bilangan mesin dialisis sedia ada di HDOK Sandakan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit.
“HDOK mempunyai 30 water points dan 45 mesin dialisis.
“Sebanyak 121 pesakit sedang menerima rawatan hemodialisis, dan 52 pesakit sedang menerima rawatan dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) di hospital,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

