RM418,000 peruntukan tambahan lengkapkan operasi KK Moyog

LocalHealth & Fitness
18 Aug 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RM418,000 peruntukan tambahan lengkapkan operasi KK Moyog

PETALING JAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM418,000 bagi melengkapkan pengoperasian fasiliti baharu Klinik Kesihatan (KK) Moyog, Kota Kinabalu, Sabah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata, peruntukan tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima fasiliti berkenaan dalam tempoh dua tahun berturut-turut melebihi RM1.2 juta.

“Ia merangkumi RM284,000 bagi perolehan aset perubatan termasuk mesin ultrasound, manakala RM133,000 lagi bukan perubatan seperti sistem pengurusan giliran demi melancarkan urusan dan masa menunggu pesakit.

“Peruntukan tambahan ini sekali gus memastikan kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar dapat beroperasi secara optimum,” katanya ketika mengadakan lawatan ke KK Moyog, semalam.

Tahun lalu, menerusi inisiatif Klinik Daif, beliau berkata, KKM telah merobohkan struktur lama dan membina semula bangunan itu untuk dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan Jenis 7.

“Di KK Moyog, ada satu kisah kejayaan yang amat dekat di hati saya. Projek tersebut telah siap sepenuhnya pada Disember 2025 dengan kos sekitar RM800,000,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut berkesempatan memuji warga kerja KK Moyog yang sentiasa tersenyum walaupun bekerja dalam keadaan kekurangan.

“Satu perkara yang tidak pernah gagal mengukir senyuman saya sepanjang lawatan ke fasiliti-fasiliti ini adalah sambutan yang cukup hangat dan mesra daripada warga kerjanya.

“Keramahan orang Sabah ini memang tiada tandingan, buat kita rasa sentiasa dekat di hati,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post RM418,000 peruntukan tambahan lengkapkan operasi KK Moyog appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved