Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, tampil memberi penjelasan selepas menerima kecaman berhubung kenyataannya menyebut harga telekung “RM5,700 je”. Ada netizen menganggap penggunaan perkataan itu seolah-olah menyindir mereka yang kurang berkemampuan.
Namun, Haliza menegaskan beliau tidak berniat menghina sesiapa, sebaliknya bercakap kepada sasaran pasaran produknya.
“Saya sebut ‘je’ kerana itu cara saya memotivasikan diri dan orang lain. Bila kita fikir sesuatu tu mudah, ia akan jadi mudah. Kalau kita anggap mahal, ia akan rasa susah dicapai,” katanya.
Baca juga:
Tiada paksaan beli
Tambahnya lagi, jika sesuatu produk di luar kemampuan, tiada siapa yang dipaksa untuk membeli.
“Kalau bukan kemampuan kita, tak perlu rasa terbeban. Tiada paksaan pun suruh beli,” jelasnya sambil menyatakan dirinya sudah lali dengan kecaman dan tuduhan riak.
Beliau berpesan kepada orang ramai agar tidak cepat bersangka buruk, sebaliknya melihat produk itu sebagai pilihan.
“Kalau berkenan, belilah hadiah untuk mak atau untuk diri sendiri. Lepas pakai, baru tahu kenapa telekung Haliza Maysuri mahal,” ujarnya.
Sumber: Instagram Haliza Maysuri
The post ‘RM5,700 je’ – Haliza Maysuri jawab tuduhan riak & sindir golongan kurang mampu appeared first on The Reporter.

