RM50,000 jika NS Antlers juara STL

18 Oct 2026 • 11:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RM50,000 jika NS Antlers juara STL
Para penaja, pengurusan, pemain Antlers dan Ismail semasa pelancaran pasukan sempena STL 2026 di Seremban Prima pada Ahad.

KERAJAAN Negeri Sembilan menaikkan insentif RM50,000 berbanding RM30,000 sebelum ini, kepada NS Antlers sekiranya muncul juara keseluruhan Liga Sepak Takraw (STL) 2026 yang dijadualkan berlangsung di Perak, minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kerajaan negeri turut menyediakan insentif bagi pencapaian tertentu Antlers termasuk RM20,000 berbanding RM15,000 sekiranya muncul juara dalam mana-mana kejohanan sepak takraw.

Katanya, insentif berkenaan sebagai dorongan untuk mengekalkan kecemerlangan pada musim ini, sekali gus mencerminkan sokongan penuh kerajaan negeri kepada NS Antlers yang mencatatkan prestasi membanggakan.

“Ramai yang meletakkan harapan, bukan sahaja saya tetapi juga rakyat Negeri Sembilan dan pencinta sepak takraw di seluruh negeri untuk melihat pasukan kita terus menempa kejayaan.

“Kerajaan negeri memberikan sokongan yang kuat kepada pasukan ini berdasarkan prestasi dan kecemerlangan mereka pada tahun lalu,” katanya selepas melancarkan pasukan NS Antlers bagi menghadapi STL 2026 di sini pada Ahad.

Sementara itu, Ismail berkata pihaknya turut mempertimbangkan penubuhan akademi sepak takraw di Negeri Sembilan sekiranya prestasi Antlers kekal konsisten dan sukan berkenaan terus mendapat sambutan serta menjadi tarikan rakyat di negeri ini.

Jelasnya,pencapaian berterusan Antlers berpotensi membuka ruang kepada pembangunan sukan sepak takraw yang lebih besar di Negeri Sembilan

INFO: STL 2026

NS ANTLERS

Haziq Hairul Nizam

Hafizul Hayazi Adnan

Amirul Farabi

Afiq Badli

Zulefendi Sumari

Daishi Tamaki (Jepun)

Siwatbancha Seekhwa (Thailand)

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved