RM50 Juta Untuk Tahanan Rumah, Najib Razak Dilaporkan Bakal Bayar Denda Hari Ini!

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Denda RM50 juta Najib Razak dilaporkan bakal dibayar hari ini oleh wakil bekas Perdana Menteri di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
  • Bayaran itu bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah susulan pengampunan bersyarat pada 18 September lalu.
  • Menerusi keputusan pengampunan tersebut, Najib dibenarkan menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
  • Sebelum ini, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan bakal dijelaskan hari ini bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Menurut laporan Kosmo, bayaran berkenaan akan dibuat oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Najib Razak terima pengampunan bersyarat

Najib Razak

Untuk rekod, pada 18 September lalu, Najib menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Keputusan itu membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Dihukum penjara 12 tahun dalam kes SRC International

Najib razak

Terdahulu, Najib yang kini berusia 73 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Kes berkenaan menjadi antara kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian besar rakyat Malaysia.

The post RM50 Juta Untuk Tahanan Rumah, Najib Razak Dilaporkan Bakal Bayar Denda Hari Ini! appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved