RM6.6 juta baik pulih 42 institusi pendidikan Islam Kelantan

31 Oct 2026 • 10:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RM6.6 juta baik pulih 42 institusi pendidikan Islam Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6.628 juta bagi membaik pulih infrastruktur asas di 42 institusi pendidikan Islam di seluruh Kelantan pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu merupakan tambahan kepada RM700,000 yang diluluskan sebelum ini bagi tujuh institusi pendidikan Islam pada 18 April 2026.

“Peruntukan itu menjadikan keseluruhan peruntukan bagi membaik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di negeri itu pada tahun 2026 sebanyak RM7.32 juta membabitkan 48 institusi.

“Saya sudah meluluskan RM9.36 juta bagi menaik taraf prasarana 23 institusi pendidikan Islam di Kelantan pada tahun lalu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat 2026 di Masjid Jamek Muhammadi di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Pada majlis itu, Anwar turut memperuntukkan RM2.5 juta kepada beberapa masjid terpilih di Kelantan untuk dijadikan pusat dialisis menerusi Projek Dialisis Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Radicare. – KOSMO! ONLINE

The post RM6.6 juta baik pulih 42 institusi pendidikan Islam Kelantan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved