RM60,000 hilang dalam pesawat, polis buru suspek 

25 Sep 2026 • 11:29 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: RM60,000 hilang dalam pesawat, polis buru suspek 

GEORGE TOWN: Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam insiden kehilangan wang tunai berjumlah RM60,000 milik seorang lelaki tempatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 54, semalam yang menyedari wang tunai yang disimpan di dalam sebuah beg galas miliknya hilang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di Bayan Lepas dekat sini.

“Mangsa mengesyaki seorang lelaki warga asing yang berada dalam penerbangan sama terlibat dalam kejadian curi tersebut dan polis menjalankan siasatan termasuk mendapatkan maklumat penumpang penerbangan itu.

“Kami juga meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti pergerakan individu yang disyaki itu dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan kejadian tersebut merupakan satu lagi kes melibatkan kehilangan atau cubaan mencuri barangan milik penumpang di dalam pesawat yang dilaporkan baru-baru ini.

Anuwal berkata pada 17 Sept lepas, pihaknya menerima laporan berhubung cubaan mencuri di dalam sebuah pesawat yang tiba di Pulau Pinang.

Susulan itu, seorang lelaki warga China berusia 55 tahun yang ditahan dalam siasatan itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved