Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, ada segelintir individu khususnya pempengaruh sering berkongsi kandungan tentang realiti kehidupan warga asing di Malaysia.
Malah, ada yang dilihat berani membanteras kegiatan haram golongan ini yang dilihat semakin selesa dan sering melanggar undang-undang sedia ada.
Sekumpulan Individu Halau Warga Asing Berniaga
Semalam (24 September), tular di media sosial video yang memaparkan seorang peniaga warga asing dihalau oleh sekumpulan individu warga tempatan.
Menerusi video yang dikongsikan semula di Threads @aisyah._sofea, seorang lelaki yang merupakan warga asing dipercayai pelarian Rohingya dilihat berniaga sireh di hadapan sebuah kedai serbaneka siap memasang payung dan meletakkan meja.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat beberapa individu warga tempatan mengarahkan warga asing berkenaan untuk mengemas barang jualannya itu.
Malah, ada di antara mereka turut mempersoalkan sama ada menjalankan perniagaan di hadapan premis terbabit dibolehkan.
Individu Tendang Gerai & Tolak Meja Ketika Warga Asing Sedang Sibuk Kemas Barang
Warga asing terbabit kemudiannya dilihat segera mengemas barang jualan sebaik diminta untuk berbuat demikian.
Namun apa yang menjadi perhatian, kelihatan seorang individu menendang meja dan barang jualan tersebut ketika warga asing terbabit sedang mengemas barangannya.
Akibat tindakan itu, kesemua barangan jualan peniaga terbabit jatuh ke jalan raya.
“Puas hati betul tengok kena tendang! Rakyat dah hilang sabar! Rakyat kena bertindak sendiri dan terpaksa guna cara kasar dah. Nak tunggu penguat kuasa lembap.
“Tak boleh bagi muka dah dekat warga asing ni, diorang makin berani & kurang ajar!” tulis pengguna Threads berkenaan.
View on Threads
Warganet Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Insiden Gerai Jualan Warga Asing Ditendang
Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial sehingga tercetusnya perdebatan hebat.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing memberi pendapat sendiri sebaik melihat kejadian berkenaan.
Ramai yang menyokong tindakan kumpulan individu itu menghalau warga asing berkenaan namun majoritinya berpendapat tindakan menendang gerai sehingga barang jualan terjatuh adalah tidak wajar.
Apatah lagi, warga asing terbabit dilihat tidak melawan malah menurut arahan yang diberikan.
Malah, pencipta kandungan yang banyak menghasilkan drama pendek tentang nilai adab, MrKokom turut menegur tindakan menendang meja terbabit.
“Halau balik tapi jangan tendang, kita tak tahu nasib kita esok merempat dekat mana, tak kita, anak kita, fikir panjang,” tulisnya.
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_8.jpg)
Pun begitu, ada juga warganet yang menyokong tindakan berkenaan dan berpendapat agar tidak memberi muka kepada golongan warga asing terbabit.
Pemilik Video Dakwa Peniaga Warga Asing Cuba Rasuah & Sebut Nama Orang Yang Mempunyai Kedudukan
Namun, pemilik video berkenaan dalam satu hantaran di Facebook mendakwa peniaga warga asing terbabit cuba merasuah kumpulannya.
Malah, dia juga mendakwa warga asing itu telah menyebut nama seseorang yang berkedudukan menyebabkan ada di antara ahli kumpulannya marah lalu bertindak di luar kawalan.
“Mereka berdua cuba merasuah team squad langgar tetapi kami tolak dan menjadi marah.
“Lepas tu macam mana dua pendatang asing ni baru dibebaskan dari penjara hukuman cubaan membunuh 307, hukuman 30 tahun, lepas tu bekas banduan dan penjenayah ni boleh berada di Malaysia?
“Kenapa tak dihantar pulang? Membahayakan rakyat tempatan dan mereka juga ada petik nama seseorang yang berkedudukan, itu buat kami bertambah marah dan ada team kami yang bertindak di luar kawalan tapi kami dah buang pun die dari pasukan kami,” tulisnya.
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-25-at-1.00.09-PM-706x1024.jpeg)
Influencer Dakwa Warga Asing Sama Sudah Kembali Berniaga
Dalam satu perkembangan terbaharu, seorang influencer dikenali sebagai Awie MBR atau lebih dikenali sebagai Abang Koroy telah melawat tempat insiden tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan gerai berkenaan beroperasi seperti biasa. Maklumat lokasi yang ditanda menunjukkan premis berkenaan terletak di Taming Jaya, Balakong.
Namun, ketika kedatangannya, warga asing berkenaan tidak berada di gerai tersebut. Pun begitu, tidak dapat dipastikan bilakah video tersebut dirakam.
“Abang Koroy melawat tempat viral ‘tendang meja’. Memang respek dengan pendatang asing tanpa izin ni banyak kali viral masih langgar (masih beroperasi),” tulisnya secara sinis.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Orang Tu Dah Dengar Cakap Dah, Dia Pun Nak Balik Dah Janganlah Tendang, Dia Pun Hormat Kita, Itulah Dia Terus Kemas”
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_2.jpg)
“Terima Kasih Panglima Yang Berani Macam Ini. Semoga Rakyat Malaysia Yang Berani Macam Ini Dipanjangkan Umur”
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_1.jpg)
“Salah Berniaga Cara Haram Tu Tetap Salah, Tapi Tak Bermaksud Kita Yang Ambil Action Ini Betul, Orang Tu Pun Tak Berkasar Atau Naik Suara, Tak Perlu Sampai Tendang”
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_3.jpg)
“Dari Sudut Hati Memang Kesian, Main Tendang-Tendang Macam Tu, Tapi Tu La, Kalau Dibiarkan, Nanti Membiak & Semakin Berani Sebab Sifat Kesian Kita Sendiri”
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_6.jpg)
“Dia Dah Nak Kemas, Tunggu Sabar La Kejap, Kenapa Sampai Kena Tunjuk Gangster Sampai Tendang, Dia Manusia Juga”
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_4.jpg)
“Saya Tak Pernah Menyokong Warga Asing Berniaga Secara Haram Tetapi Itu Bukan Alasan Untuk Kita Bertindak Kasar Atau Tidak Beradab”
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_5.jpg)
“Mantap, Macam Tu Je Ajar. Makin Besar Kepala. Semua Benda Depa Langgar Macam Negara Bapa Dia Punya”
![Image from: “Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_7.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Negara Kita!” – Lelaki Bengang Kawasan Pasar Borong Selayang Jadi Tempat Berniaga Warga Asing [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Warga Asing Didakwa Buka Meja & Jual Minyak Wangi Secara Haram Di Bukit Bintang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: DBKL Akan Batal Atau Gantung Lesen Peniaga Di Jalan Silang Jika Beri Sewa Kepada Warga Asing






