RM685 juta dibelanja untuk modal insan Sabah

20 Apr 2023 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Sabah, melalui Kumpulan Yayasan Sabah (YSG), membelanjakan RM685 juta untuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pendidikan tinggi sejak 1967.

Seramai 43,665 pelajar di negeri ini, yang mengambil pelbagai disiplin di institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, telah mendapat manfaat daripada bantuan itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Selain YSG, katanya, tajaan pendidikan tahunan dalam bentuk biasiswa atau dermasiswa turut disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) melalui Pusat Zakat Sabah dan Yayasan Kebajikan Sabah.

Beliau berkata demikian pada majlis iftar, Pelajar Kolej Institusi Pengajian Tinggi bersama Ketua Menteri Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di Putrajaya, pada 10 April lalu.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Tabung Pendidikan Negeri Sabah turut dilancarkan tahun lalu, bagi membantu lebih ramai anak Sabah yang memerlukan tajaan pendidikan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Hajiji menyifatkan semua pelajar sebagai harapan masa depan, aset besar Negeri dan Negara, serta pemimpin masa depan.

Tegasnya, dalam Rancangan Pembangunan Sabah Maju Jaya, pembangunan modal insan menjadi antara fokus utama.

Justeru, katanya, pelbagai bantuan pendidikan telah diberikan bagi memastikan golongan muda mampu menjadi pemimpin “sandaran” serba boleh dan berdaya saing.

“Apabila pelajar tamat pengajian, Sabah dan negara memerlukan penyertaan mereka untuk membawa Negeri dan negara ke arah kemajuan.

“Pelajar akan menjadi pemimpin sandaran serta sumber modal insan untuk masa hadapan,” katanya.

Kerajaan Negeri menaruh harapan tinggi kepada pelajar untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan Sabah, katanya.

Walaupun bergelut dengan pandemik Covid-19 sehingga tahun lepas, beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik, termasuk beberapa lagi projek pelaburan yang sedang dalam proses pelaksanaan daripada sektor ekonomi bernilai RM33.4 bilion.

“Pelaburan ini dijangka menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan,” kata Hajiji.

“Kerajaan juga secara rasmi telah mengambil alih 50 peratus kepentingan dalam medan minyak Samarang, di mana Sabah dijangka menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas.

“Dengan semua perkembangan ini, kerajaan menuntut peranan daripada semua pelajar untuk menyumbang kepada pembangunan di Sabah,” tambahnya.

Sebagai generasi yang bakal menjadi peneraju Sabah pada masa hadapan, beliau menggesa para pelajar mempersiapkan diri dengan ilmu termasuk duniawi dan rohani.

“Negeri Sabah amat memerlukan pemimpin dan modal insan yang berkualiti, berilmu tinggi, berkeperibadian teguh dan berakal budi.

“Tidak kira di mana dan apa jawatan yang anda (pelajar) pegang, peranan anda masih diperlukan untuk menjayakan misi pembangunan negara seperti yang kita semua harapkan,” kata Hajiji.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.