
KUALA LUMPUR - Bayaran berjumlah RM9.5 juta yang dibuat ahli perniagaan, Victor Chin didakwa dilakukan ketika beliau berada dalam tekanan.
Menafikan bayaran berkenaan sebagai rasuah, Victor berkata, id dibuat bagi menghentikan apa yang disifatkan sebagai gangguan berterusan oleh kumpulan digelar ‘mafia korporat’.
"Pembayaran itu telah ‘secara salah dan mengelirukan’ digambarkan sebagai percubaan untuk mempengaruhi agensi penguatkuasaan atau menyelesaikan isu undang-undang.
"Wang itu tidak bertujuan untuk mengganggu sebarang siasatan atau menyelesaikan dakwaan salah laku," katanya hari ini,
Jelas Chin, pembayaran terbabit dibuat sebagai ‘yuran perkhidmatan’ dalam apa yang beliau sifatkan sebagai ‘situasi ekstrem’.
Dakwanya, beliau diberitahu dana berkenaan akan diserahkan kepada kumpulan mafia korporat terbabit, bagi menghentikan permusuhan terhadap individu yang berkaitan dengannya.
"Saya berada di bawah paksaan yang ketara.
“Mereka menekan saya untuk menyerahkan saham tanpa pampasan,” katanya,
Chin mendakwa, lebih daripada 500 akaun bank milik individu dipercayai berkaitan dengannya telah dibekukan, sekali gus membawa kepada krisis kewangan yang meruncing.
Beliau berkata langkah-langkah itu menyebabkan pihak yang terjejas tidak dapat memenuhi tuntutan kewangan seperti gaji, pinjaman perumahan dan pembayaran kereta.
“Individu dan syarikat yang terjejas panik dan berada dalam tekanan kewangan dan mental yang ketara,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2026
