RMK13: Kuskop harap program khas untuk Sabah, Sarawak diteruskan

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2025 • 2:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meletakkan harapan tinggi agar program khas kementerian itu untuk Sabah dan Sarawak diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata antara program yang diperkenalkan dalam tempoh dua tahun ini termasuk Geran Usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak (Beep Plus) dan inisiatif lain seperti Program Pembangunan Premis (Tamu Desa).

Beliau berkata walaupun tumpuan tambahan diberikan kepada Sabah dan Sarawak, kepimpinan Kuskop serta agensi di bawah kementerian itu sentiasa memberikan fokus kepada usahawan di seluruh negara.

“Cuma kerana situasi dan cabaran yang begitu besar dihadapi (usahawan) di Sabah dan Sarawak, kementerian tampil dengan inisiatif-inisiatif khas ini untuk menjadikan usahawan ini dapat bersaing dengan usahawan-usahawan yang lain dalam dan juga luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Hari Terbuka Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta sesi ramah mesra bersama usahawan PMKS peringkat negeri Sabah di sini, Selasa.

Pada pada 16 hingga 18 Okt ini di Mitec, Kuala Lumpur iaitu pameran perdagangan  dan platform serantau bagi membantu PMKS Malaysia menembusi pasaran Asean.

Beliau berkata acara itu akan turut menumpukan pada sektor berimpak tinggi seperti elektrik dan elektronik, aeroangkasa, minyak dan gas, bioteknologi, peranti perubatan, teknologi halal, pertanian pintar, ekonomi hijau dan mobiliti.

“Saya menjemput semua pihak untuk hadir memberikan sokongan, membeli produk tempatan dan bersama-sama menjayakan agenda pengantarabangsaan PMKS Malaysia,” katanya.