RMS berkenan hadir majlis lancar program kerjasama permotoran

26 Aug 2023 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 26 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis pelancaran program kerjasama permotoran di antara Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan Persona Energy Sdn Bhd.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah diiringi pengasas Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP) Jaseman Jaafar.

Program itu menyaksikan lima juruteknik muda dari Selangor ditaja untuk menjalani latihan selama enam bulan bersama Porsche semasa berlangsungnya Piala Porsche Carrera Asia 2023.

“Kerjasama ini menunjukkan bahawa perantis khususnya belia Selangor boleh berkembang maju dalam industri automotif dan sukan permotoran melalui sistem piramid yang dibangunkan dengan kerjasama Porsche Motorsport Asia Pacific.

“Ia juga menandakan komitmen berterusan bagi membangunkan modal insan dan memupuk ekosistem yang mampan dalam sukan permotoran untuk generasi akan datang,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.