Road to Red Bull MotoGP Rookies Cup Dibangunkan Oleh China

28 Jul 2025 • 8:12 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

China kini menunjukkan kesungguhan luar biasa dalam melahirkan pelumba muda bertaraf dunia dengan mengusahakan perjalanan ke Red Bull MotoGP Rookies Cup, salah satu pentas utama pembangunan bakat ke MotoGP. Usaha ini disokong oleh penganjuran kejohanan Ohvale Guangzhou Supercup, satu platform permulaan yang semakin mendapat perhatian di rantau Asia.

Ohvale Guangzhou Championship kini menjadi medan latihan utama untuk pelumba muda China. Di sinilah asas teknik tunggangan, disiplin dan semangat bersaing mula dibentuk. Dari sini, pelumba terpilih berpeluang melangkah ke Kejohanan Ohvale di Itali (CIV Ohvale), satu lagi laluan penting dalam tangga pembangunan pelumba muda antarabangsa.

Selepas menunjukkan prestasi cemerlang di CIV Ohvale pelumba berpotensi akan dinaikkan ke kategori CIV Pre Moto3 atau Moto3. Kejohanan ini berada dalam radar pencarian bakat oleh pengurus pasukan JuniorGP dan juga Red Bull Rookies Cup.

Red Bull Rookies Cup bukan sekadar kejohanan tapi adalah gerbang rasmi ke Moto3 dalam Kejohanan Dunia. Oleh itu langkah yang diambil China ini dilihat bukan saja berani malah strategik dalam mengukuhkan kehadiran negara itu dalam sukan permotoran dua roda bertaraf dunia.

Dengan struktur pembangunan seperti ini China kini dilihat serius untuk menghasilkan pelumba MotoGP pertama mereka tidak lama lagi.