Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

LocalCars
26 Aug 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

Sebagai satu-satunya roadster elektrik sepenuhnya dalam kontinjen, kehadiran Cyberster menyerlahkan langkah berani MG ke arah mobiliti masa depan.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia,Emory QiFeng berkata, penyertaan MG dalam Perarakan Hari Kebangsaan bukan sahaja membanggakan buat kami, malah turut mencerminkan komitmen kami menyokong aspirasi Malaysia dalam mempercepatkan penerimaan EV.

image is not availableimage is not available

"Dengan warisan British yang kukuh dan hala tuju baharu berasaskan elektrifikasi, MG Cyberster menjadi lambang inovasi dan kemajuan. Kami berbesar hati untuk memperkenalkannya kepada rakyat Malaysia pada sambutan penuh bersejarah ini,” katanya.