Robot Honor Akan Menyertai Maraton Di Malaysia Dan Perarakan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2026

LocalTechnology
19 Aug 2026 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor kini membuat kejutan, dan menyatakan robot Honor kini akan dibawa ke Malaysia bagi menyertai acara lumba lari Malaysia Marathon 2026 yang dijadualkan pada 30 Ogos 2026, disamping turut akan menyertai perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos 2026.

Image from: Robot Honor Akan Menyertai Maraton Di Malaysia Dan Perarakan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2026

Malaysia menjadi negara pertama luar China yang akan melihat robot Honor ini menyertai acara, sekaligus mencatatkan detik bersejarah yang menarik. Sebelum ini, robot Honor telah menyertai acara maraton di China, dan memenangi dengan bukan sahaja mengalahkan pelumba manusia, tetapi juga robot-robot yang lain.

Dua robot akan menyertai acara Malaysia Marathon 2026, iaitu Honor Robot A1 dan juga D1. Robot D1 akan melakukan acara pembukaan dengan berlari 10km bermula Pavilion Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam. Sementara Robot A1 pula akan menyertai pelumba lari lain untuk jarak 5km, yang bermula 7.30 pagi di KLCC.

Image from: Robot Honor Akan Menyertai Maraton Di Malaysia Dan Perarakan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2026

Selain itu, kedua-dua robot juga akan ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026 untuk menyertai perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2026. Ini turut menjadikan Honor menyertai kontinjen perarakan Hari Kebangsaan di Malaysia, sekaligus menjadikan mereka jenama telefon pertama yang menyertai perarakan tersebut. Orang ramai yang berkunjung ke Dataran Putrajaya turut boleh menyemak dan melihat robot ini dengan lebih dekat pada hari tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved