Robot, Master Hwa layani tetamu di Adora Mediterranea

TechnologyTravel
17 Sep 2026 • 10:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Robot, Master Hwa layani tetamu di Adora Mediterranea

KUALA LUMPUR – Adora Mediterranea yang akan menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan asalnya yang pertama di luar negara China, telah memper­kenalkan duta budaya robot laut pertamanya di Pa­meran MATTA yang telah berlangsung di sini baru-baru ini.

Projek kerjasama yang terjalin dengan Hwajing Travel & Tours dari Malaysia itu telah memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri bagaimana teknologi robotik dan kecerdasan buatan (AI) mampu membawa dimensi baharu kepada pengalaman pelayaran di negara ini.

Pelancaran robot baharu keluaran Unitree Robotics itu turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.

Sepanjang musim pelayaran Adora Mediterranea yang akan berlangsung pada bulan November ini, robot ini akan memainkan peranan sebagai duta budaya robot interaktif yang dikenali sebagai Hwajing SeaMate iaitu Master Hwa.

Robot ini menggabungkan robotik canggih, warisan pelbagai budaya Malaysia dan hiburan di atas kapal bagi mewujudkan pe­ngalaman pelayaran yang lebih interaktif dan menarik.

Direka untuk menambah dimensi baharu kepada pengalaman hospitaliti di atas kapal, Master Hwa akan mengambil bahagian dalam pelbagai pengalaman terpilih untuk tetamu, termasuk sambutan ketika menaiki kapal, majlis pelepasan pelayaran, persembahan budaya, aktiviti keluarga, hiburan, sesi fotografi dan ucapan selamat tinggal.

Penampilan dan aktivitinya akan dijadualkan mengikut ke­perluan operasi dan keselamatan.

Dengan keupayaan pelbagai bahasa yang dirancang dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin, Master Hwa akan membantu mewujudkan interaksi yang lebih dekat dengan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan Hwajing, Kenny Cheong berkata, syarikatnya bukan sekadar memper­kenalkan teknologi baharu tetapi juga berharap dapat membawa dimensi baharu dalam pengalaman pelayaran.

“Master Hwa akan melengkapi penawaran perkhidmatan dan hiburan di atas kapal dengan menggabungkan inovasi teknologi dan kehangatan perkhidmatan Pelayaran,” katanya dalam ke­­n­yataan. -KOSMO! ONLINE

The post Robot, Master Hwa layani tetamu di Adora Mediterranea appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved