Robot Tesla Optimus Didapati Dikawal Oleh Manusia Pada Acara Demo, Dan Bukan Automatik Sepenuhnya

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla baru-baru ini telah mengadakan acara khas mengumumkan beberapa perkara baharu, termasuk sebuah teksi yang dipandu automatik, dan juga robovan baharu. Tidak setakat itu, Tesla pada acara berkenaan turut memperlihatkan sejumlah demonstrasi menggunakan robot Tesla Optimus, menunjukkan apakah yang mampu dilakukan robot berkenaan.

image is not available

Namun, kini ia diketahui yang mana robot tersebut tidak bergerak secara kendiri sepenuhnya, sebaliknya ia dikawal jarak jauh oleh manusia. Ini sekaligus menjawab bagaimana robot berkenaan boleh berinteraksi tanpa masalah dengan manusia, menyediakan minuman dan sebagainya tanpa mengalami sebarang cabaran.

Malah, perkara ini juga turut memperlihatkan robot yang sedang dibangunkan oleh syarikat Elon Musk berkenaan tidak bersedia sepenuhnya, dan perlu melalui fasa pembangunan yang lebih lama lagi sebelum dapat diintegrasikan dengan keupayaan beroperasi kendiri padanya.

Selain Tesla, beberapa syarikat lain kini turut berlumba dalam pembangunan robot berbentuk manusia mereka tersendiri, termasuk Figure dan juga Xiaomi.