Robot Tesla Rosak ‘Serang’ Jurutera Kilang Hingga Cedera

27 Dec 2023 • 7:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang jurutera Tesla mengalami kecederaan apabila diserang robot Tesla rosak di kilang sehingga mengalami kecederaan luka di tangan kiri dan bahagian badan.

Serang sewaktu jurutera sedang program robot lain

Memetik laporan daripada Daily Mail, robot terbabit difahamkan menyerang jurutera berkenaan sewaktu sedang memprogramkan dua lagi robot yang kilang Tesla yang gagal berfungsi.

image is not available

Kredit foto: InsideEVs

Robot Tesla rosak tusuk bahagian belakang dan lengan jurutera

Jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin sehingga memaksa dua rakan sesekerjanya menutup butang kecemasan setelah melihat kesan darah akibat serangan itu.

Kejadian berkenaan dikhabarkan berlaku sekitar tahun 2021-2022 mengikut daripada laporan kesihatan pihak berkuasa Travis County.

Kredit foto: Reddit

Menurut sumber, jentera robot itu dilaporkan menekan jurutera terbabit dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang serta lengan hingga menyebabkan ‘luka dalam’.

Walau bagaimanapun, jurutera terbabit tidak memerlukan cuti sakit disebabkan kejadian tersebut.

Namun begitu, pihak Tesla tidak melaporkan kecederaan lain yang berkaitan dengan jentera robot di kilang itu kepada pihak berkuasa.

Insiden terbabit telah mencetuskan kebimbangan mengenai risiko jentera robot automatik di tempat kerja selepas wujudnya peningkatan kecederaan akibat jentera robot di pusat penghantaran Amazon, pembedahan oleh jentera robot, kereta pandu sendiri serta pengajar catur robot.

Sumber: Mail Daily

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved