ROCK’ N RIUH 2024 – Kemuncak Kembara RIUH di Litar Antarabangsa Sepang

6 Dec 2024 • 6:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Acara menarik untuk anda kunjungi hujung minggu ini

ROCK’ N RIUH 2024 – Kemuncak Kembara RIUH di Litar Antarabangsa Sepang. Kalau anda tercari-cari aktiviti hujung minggu yang lain daripada yang lain, ini berita baik: ROCK’ N RIUH 2024 bakal melabuhkan tirainya di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 6 hingga 8 Disember 2024.

Selepas menjelajah tujuh negeri sepanjang tahun ini, RIUH memilih lokasi ikonik ini untuk acara kemuncak mereka – bukan sahaja strategik untuk warga Lembah Klang dan Negeri Sembilan, malah sesuai untuk korang dari Sabah dan Sarawak yang bercuti di Semenanjung.

image is not available
ROCK’ N RIUH 2024 – Kemuncak Kembara RIUH di Litar Antarabangsa Sepang.

Dan untuk pelancong luar negara, acara ini boleh jadi permulaan menarik bagi menjelajahi Malaysia. Bukan sekadar ‘happening,’ ROCK’ N RIUH kali ini bawa mesej yang lebih mendalam – kesedaran tentang kesihatan mental.

Seni untuk Kesihatan Mental

Dalam dunia yang semakin mencabar, RIUH menyeru orang ramai untuk mengambil berat tentang kesihatan mental. Menariknya, RIUH bawakan pelbagai aktiviti seni yang santai dan menyeronokkan – sesuai untuk anda yang nak menerokai sesuatu yang baru.

image is not available

Nak cuba kelas Bahasa Mandarin atau Tamil? Atau mungkin anda nak sertai bengkel seni kreatif? Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja terapeutik tapi juga peluang untuk berinteraksi dengan komuniti baru.

Line-up Gempak, Anak Seni Tempatan Meriahkan Pentas

ROCK’ N RIUH bukan ROCK’ N RIUH tanpa barisan pemuzik hebat dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk edisi kali ini, anda boleh menyaksikan persembahan luar biasa daripada:

  • Aisha Retno
  • Midnight Fusic
  • Masdo
  • Pop Shuvit
  • Exist
  • K-TOWN CLAN
  • Balan Kash
  • Puteri Dahlia
  • Pesawat
  • Sheilheil
  • Murty
  • Zuhal
  • Magis Band

…dan ramai lagi!

Pelbagai Aktiviti Menanti Anda

Selain muzik, ROCK’ N RIUH juga akan menampilkan pelbagai aktiviti seni kreatif untuk semua peringkat umur. Anda boleh bawa keluarga, kawan, atau datang solo – pasti ada sesuatu untuk anda nikmati.

image is not available

Jadi, tandakan tarikh pada kalendar anda dan jangan lepaskan peluang untuk menyokong anak seni tempatan dan usahawan industri kreatif Malaysia. Meriahkan penutup tahun ini di ROCK’ N RIUH 2024.

Lagi acara menarik di Kuching yang anda boleh hadiri