Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

17 Jun 2024 • 12:13 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.

Selamat bergelar haji & hajah



image is not available




image is not available




“Mohon doakan perjalanan saya dan isteri dipermudahkan, diberikan ketenangan, kedamaian dan kehambaan dalam setiap ibadah dan diterima sebagai salah satu timbangan di hari penentuan,” tulis Amy.

Amy berjanji untuk berkongsi kenangan dan keajaiban yang dilalui sepanjang menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.

image is not available

“Saya banyak berselawat dan tenangkan hati. Nanti balik saya cerita tentang keajaiban perjalanan spiritual di sini,” ujar Amy kepada Gempak.
image is not available

Kedua-dua pesohor seni tanah air tersebut menunaikan ibadat haji bersama lebih 1.8 juta jemaah daripada seluruh dunia.

Selain Amy dan Ella, antara selebriti tempatan yang menunaikan haji pada tahun ini termasuklah Johan dan isteri, Ozlynn, Datin Alyah serta Elfira Loy.