Rocketfuel Entertainment hormati keputusan Ernie Zakri di SFMM38

Music
14 Dec 2023 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kontroversi berhubung ketiadaan penyanyi, Ernie Zakri ketika pengumuman 30 lagu yang layak ke peringkat Separuh akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) tempoh hari pastinya menjadi tanda tanya apabila tempatnya digantikan dengan penyanyi baru, Nadeera Zaini.

Ketiadan Ernie Zakri jadi tanda tanya

Sudah tentu ramai peminat Ernie yang sedikit kecewa apabila lagu Astana dendangannya tidak dibawakan oleh penyanyi itu sendiri.

image is not available

Hormat keputusan Ernie Zakri tak terlibat di SFMM38

Rocketfuel Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa mereka menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan penyanyi asal lagu Astana untuk tidak terlibat dalam menyanyikan lagu ini di pentas SFMM38.

Walau bagaimanapun, pihak Rocketfuel Entertainment amat berterima kasih dan menghormati sedalam-dalamnya harapan serta setiap peminat yang telah berusaha keras dalam memastikan lagu Astana mara ke SFMM38.

Mereka juga sentiasa bersedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak untuk mengetengahkan hasil karya artis-artis Malaysia bagi peminat muzik tanahair.

 

Dalam penjelasan lebih lanjut, mereka memaklumkan yang pencalonan lagu Astana untuk program Muzik Muzik berlaku pada Februari lalu semasa penyanyi asal masih lagi di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.

Terbuka untuk bertemu dan berbincang sebelum Nadeera dipilih

Susulan daripada itu, pihak Rocketfuel Entertainment juga bersedia dan bersifat terbuka untuk bertemu serta berbincang dengan mana-mana pihak yang sudi untuk bersama membolehkan penyanyi asal membawa hasil karya mereka di pentas SFMM38 sebelum Nadeera dipilih menggalas tanggungjawab tersebut.

“Pihak Rocketfuel Entertainment telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu ‘Astana’ dan penyanyi Nadeera yang juga juara program Big Stage terbaru tahun ini telah dipilih setelah pelbagai perbincangan yang dilakukan bagi meneruskan pertandingan ini.

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu ‘Astana’ dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya,” katanya.

image is not available

Tidak hanya itu, Rocketfuel Entertainment turut menyatakan mereka sentiasa bersedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak bagi mengetengahkan hasil karya artis-artis tempatan bagi peminat muzik tanah air.

Untuk rekod, dua artis lain iaitu Amira Othman dan juga Syamel yang tidak lagi berada di bawah naungan Rocketfuel Entertainment telah bersetuju untuk membawa lagu nyanyian mereka di pentas SFMM38.