Rodtang Segak Berbaju Melayu Ketika Sesi Face Off – “Saya Pakai Bagi Mewakili Muslim”

SportsMen's Fashion
19 Mar 2025 • 11:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas juara Muay Thai One Championship, Rodtang Jimuangnon berjaya tarik perhatian ramai apabila tampil berbaju Melayu ketika hadir ke sesi bersemuka dengan bakal lawannya, Takeru Segawa sebelum pertandingan sebenar berlangsung iaitu pada 23 Mac 2025 di Tokyo, Jepun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Rodtang di laman Instagramnya, dia mengenakan busana tersebut untuk mewakili umat Islam yang sedang berpuasa pada bulan ramadan.

Rodtang Segak Berbaju Melayu

image is not available

“Apa yang saya pakai hari ini adalah baju tradisional Melayu.

“Ini bulan ramadan, dan saya memakai baju ini bagi mewakili Muslim,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, pihak lawannya iaitu Segawa memilih untuk mengenakan sut berwarna coklat cerah dan mengenakan tali lahir bewarna merah.

Rodtang Segak Berbaju Melayu

image is not available

Netizen luah rasa bangga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dengan penampilan Rodtang yang berjaya membuka mata dunia mengenai pakaian tradisional Melayu.

image is not available image is not available

Baju Melayu mendunia!

image is not available

image is not available

Untuk makluman, jenama fesyen terkenal tempatan, Elrah Exclusive telah melantik Rodtang yang digelar sebagai ‘The Iron Man’ itu sebagai duta rasmi mereka pada Februari lalu.

Sumber: Instagram @rodtang_jimungnon