Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

2 Jul 2026 • 3:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai perkakasan (hardware) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik perempuan kandungnya yang berusia 16 tahun.

Tertuduh yang berusia 25 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah dalam daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 11 malam pada Januari lalu. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama kira-kira jam 9 malam pada 21 Jun lalu. 

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 25 tahun dan minimum dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asymawi Ghazali. 

Pihak pendakwaan memohon agar tertuduh tidak diberikan sebarang jaminan bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan mangsa, yang kemudiannya dipersetujui oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. - Getaran, 2 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved