Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

25 Jun 2026 • 7:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara selama 39 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak kandungnya sehingga mangsa hamil.

Tertuduh yang berusia 46 tahun itu membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Dia berdepan tiga pertuduhan rogol, dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi setiap pertuduhan dijalankan secara berasingan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan jenayah keji itu di sebuah rumah di sekitar Putrajaya, masing-masing pada awal tahun 2024, penghujung tahun 2024, dan terbaharu pada bulan ini.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding tersebut, pihak pembelaan memohon agar mahkamah memberikan budi bicara bagi mengurangkan hukuman. 

Bagaimanapun, Hakim Kunasundary menegaskan, hukuman berat perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat agar tidak melakukan kesalahan serupa.

"Dalam menjatuhkan hukuman ini, mahkamah mengambil kira pengakuan salah tertuduh pada peringkat awal. Namun, perbuatan tertuduh adalah sangat kejam dan penderitaan yang dialami mangsa sejak berusia 12 tahun tidak boleh dipandang remeh.

"Tindakan tertuduh ini disifatkan sebagai seorang yang mempunyai kecenderungan sebagai pemangsa seksual terhadap kanak-kanak," tegas beliau dalam penghakimannya.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan, serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

Perbuatan menjijikkan lelaki itu terbongkar selepas dia membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan, sebelum mangsa didapati hamil enam minggu empat hari.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang pegawai perubatan pada 18 Jun lalu. - Getaran, 25 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved