Rogol Bekas Isteri Usia 18 Tahun, Lelaki Direman Tujuh Hari

6 Aug 2025 • 10:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol bekas isterinya yang berusia 18 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Matang, Kuching pada pagi Jumaat lalu.

Lelaki ditahan dan direman rogol bekas isteri

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, suspek berusia 23 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Selasa selepas diperintah Mahkamah Majistret Kuching.

image is not available

Foto:TVS

Mohd Irwan Hafiz berkata, ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

image is not available

Foto: Berita RTM Sarawak

Beliau menjelaskan, mangsa membuat laporan polis, tidak lama selepas kejadian terbabit sebelum membawa kepada penahanan suspek pada hari yang sama.

Difahamkan, kejadian tersebut menjadi perhatian di media sosial sejak hujung minggu lalu susulan tular satu rakaman suara berdurasi enam minit, yang dipercayai milik mangsa.

Pada masa sama, Mohd Irwan Hafiz meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

Sumber: Buletin TV3