Koperal Polis Didakwa Pandu Bahaya Sehingga Sebabkan Remaja Maut

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 4:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Gurun atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut, minggu lalu.

Menurut laporan Bernama, Azhar Mat Saini, 52, didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi iaitu penunggang motosikal, di lampu isyarat pekan Guar Chempedak di sini pada 9 malam, 28 Julai lalu.

Koperal polis didakwa pandu bahaya

image is not available

Foto: Media sosial

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nurhazirah Tuan Yahya manakala Azhar diwakili peguam S. Parameswaran.

image is not available

Foto: Bernama

Majistret Anis Suraya Ahmad membenarkan koperal polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan diikat jamin RM6,000, dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 September depan untuk serahan dokumen.

Axia dipandu koperal polis langgar lampu isyarat merah

Terdahulu dalam kejadian tersebut, Muhammad Nur Iman Danial parah selepas motosikalnya dilanggar kereta Perodua Axia dipandu anggota polis terbabit yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

image is not available

Foto: Media sosial

Pelajar Tingkatan Empat itu meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada malam Khamis lepas.

Sumber: Bernama