Romantik Bertukar Lucu, Gelagat Tiktoker ‘Voiceover’ Surat Cinta Bahasa Iban’ Ini Cuit Hati Netizen

28 Nov 2022 • 1:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Percubaan yang bagus, terbaiklah

Romantik Bertukar Lucu, Gelagat Tiktoker ‘Voiceover’ Surat Cinta Bahasa Iban’ Ini Cuit Hati Netizen. Iban adalah antara komuniti terbesar di Sarawak dan kebanyakkan orang Sarawak boleh memahami bahasa Iban. Malah ada yang boleh berbahasa Iban tidak kira Melayu, Cina, Melanau atau bangsa lain di Sarawak.

image is not available
Romantik Bertukar Lucu, Gelagat Tiktoker ‘Voiceover’ Surat Cinta Bahasa Iban’ Ini Cuit Hati Netizen. Kredit: Abang Shah

Tular di laman Tiktok baru-baru ini apabila seorang tiktoker yang dikenali sebagai Abang Shah menyahut cabaran netizen untuk membaca dan membuat ‘voiceover’ mengenai surat cinta pelajar sekolah menggunakan dialek bahasa Iban.

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 322K tontonan serta mendapat 36K likes.

Tetap gigih baca walaupun banyak singkatan

Apa yang menarik perhatian netizen adalah surat yang sepatutnya dibaca dengan nada romantis itu akhirnya menimbulkan suasana jenaka apabila beliau dilihat sukar untuk menyebut beberapa perkataan Iban.

image is not available
Kredit: Abang Shah

Mana tidaknya, ada beberapa perkataan ditulis menggunakan singkatan sehingga beliau susah untuk memahami konteks dan perkataan tersebut.

Namun, beliau dilihat tetap berusaha menghabiskan ‘voiceover’ sepucuk surut cinta bahasa Iban itu walaupun beliau kurang memahami pengisian surat itu. Terbaiklah.

Ini pula respons netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen dilihat pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen. Pastinya rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut.

image is not available
Kredit: Abang Shah

image is not available
Kredit: Abang Shah

image is not available
Kredit: Abang Shah

image is not available
Kredit: Abang Shah