
SEDANG leka melayan TikTok, mata Diva hampir terbeliak apabila muncul sebuah video memaparkan aksi mesra romantik pasangan kekasih.
Selepas di-zoom, sah, wanita dalam video itu adalah pelakon Fify Azmi. Amboi, sejak sudah ada kekasih makin menjadi-jadi sifat romantiknya, nampak dia dilayan seperti seorang puteri.
Memakai dress labuh berwarna hitam, Diva tengok Fify semakin cantik dan bahagia di samping jejaka dikenali sebagai Farith itu.
Bukan pertama kali pun Diva bercakap tentang Fify tetapi gelagat mereka kali ini nampaknya lebih ‘daring’.
Harap cepat-cepatlah halalkan hubungan, tak manis pula dengan aksi-aksi mesra begitu.
DIVA: Harap perjalanan rawatan IVF Elizabeth Tan memberi hasil positif.
The post Romantik sungguh Fify Azmi, kekasih appeared first on Kosmo Online.

